Dalam penulisan karangan fakta, murid perlu menggunakan susunan bahasa yang menarik. Karangan yang menyelitkan penggunaan bahasa yang indah seperti peribahasa, ungkapan dan kata-kata hikmat dapat menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian dapat mempengaruhi markah bahasa sesebuah karangan. Berikut merupakan contoh  bahasa indah yang boleh dimasukkan:

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kata Dalam karangan Dimensi Diri

  • Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
  • Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;  anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
  • Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
  • Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persiskata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.


FRASA UNTUK PENDAHULUAN 

1. Sejak akhir-akhir ini....telah menjadi......yang mendapat perhatian ramai

2. Dalam menempuh pawana globalisasi yang penuh dengan kokurensi sengit ini

3. Dalam alaf  baru yang seba canggih dan moden ini

4. Isu ini hangat diperkatakan oleh masyarakat dan meniti dari bibir ke bibir.

5. Isu ini sering diperdebatkan oleh pelbagai pihak sama ada di warung-warung kopi atau di peringkat persidangan parlimen.

6. Isu yang semakin bermaharajalela ini tidak seharusnya dipandang enteng.


FRASA UNTUK LANGKAH/CARA MENANGANI


1. Persoalannya, apakah langkah drastik yang perlu diambil untuk mengatasi komplikasi ini?

2. Jawapan pertama, pastinya peranan yang yang dimainkan oleh ........( Cth. Pihak kerajaan – Sebagai kemudi negara, badan berwajib seharusnya bertindak tegas..)

3. Antara langkah lain yang boleh diambil ialah….

4. Langkah-langkah tersebut akan lebih berkesan sekiranyaq disokong oleh tulang 

    belakang negara iaitu rakyat sendiri.

5. Oleh sebab masalah ini semakin serius, pihak yang bertanggungjawab haruslah memberi   perhatian yang khusus agar tidak berlarutan

6. … turut memainkan peranan penting selain...

7. Jadi, sejajar dengan …

8. Dalam menangani fenomena……

9. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya


FRASA UNTUK AYAT PENEGAS

1. Hakikatnya,

2. Ironinya,

3. Izhar

4. Tuntasnya

5. Pendek kata

6. Nyatalah bahawa, tindakan drastik daripada…..mampu menamatkan konflik yang menghantui



FRASA UNTUK BAHAGIAN PENUTUP

1. Konklusinya…merupakan tanggungjawab setiap rakyat. Kita sepatutnya berkerjasama untuk……dan mengemudi negara kita ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di persada dunia bak kata pepatah. ‘bersatu teguh bercerai roboh’

2. Kesimpulannya, pemangkin kepada kejayaan.....adalah hasil kerjasama dan usaha gigih daripada

3. Kesimpulannya, marilah kita renungi beberapa peribahasa Melayu yang menggalakkan kita untuk bersatu padu. Antaranya termasuklah “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”,”hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”...

I BUILT MY SITE FOR FREE USING