Antara langkah memupuk semangat kejiranan ialah peranan ibu bapa (Ayat judul). Peribahasa Melayu ada mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya iaitu mendidik seseorang dengan menerapkan nilai-nilai murni sejak awal lagi. Hal ini demikian kerana ibu bapa bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak (Ayat Huraian). Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menunjukkan sikap berkasih sayang kepada anak-anak mereka. Memang pada realitinya, anak-anak akan mengikut tingkah laku ibu bapa mereka kerana mereka lebih mengenali ibu bapa mereka sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong dan kunjung-mengunjungi sesama jiran tetangga (Ayat Contoh). Daripada amalan ini, anak-anak muda mampu membuka mata, mencelikkan minda serta mengenali dunia luar yang mereka tidak pernah alaminya sendiri. Secara langsung, sedikit demi sedikit mereka berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini lagi. Jelaslah bahawa ibu bapa seharusnya menitikberatkan tanggungjawab untuk melahirkan anak-anak yang berjiwa kental untuk memupuk semangat kejiranan sesama sendiri (Ayat Penegas).