SILA KLIK PENDAHULUAN.png

Contoh Pendahuluan

      Pada era globalisasi ini, jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Isu kelunturan semangat kejiranan dalam jiwa kalangan masyarakat semakin menjadi perbualan hangat serta sering memenuhi ruangan akhbar pada hari ini.  Semakin hari, isu ini sering ditujukan kepada generasi muda khususnya para remaja. Sebagai masyarakat yang mendiami negara ini, kita seharusnya bersyukur kepada Tuhan kerana masih dikurniakan keamanan. Usaha memupuk semangat kejiranan, memerlukan obligasi daripada pelbagai pihak untuk menyalurkan peranan mereka demi melahirkan masyarakat yang maju dari aspek sosial.  Oleh itu, marilah kita menggunakan minda kelas pertama untuk mengupas topik kita dalam perbincangan ini iaitu langkah-langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat secara terperinci untuk kepentingan semua pihak.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING