Penutup= AK + AC + AH
Ayat Kesimpulan (AK)
· Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
· Merumuskan keseluruhan karangan.
Ayat Cadangan (AC)
· Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
· Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
· Tidak memerlukan huraian panjang.
Ayat Harapan (AH)
· Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
· Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
· Kaitkan dengan dasar-dasar negara.
Contoh Penutup
Kesimpulannya, kata sepakat perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk berganding bahu melaksanakan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Usaha yang dilaksanakan itu perlulah bersungguh-sungguh agar usaha ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja malahan menjadikan usaha-usaha ini sebagai pendorong untuk masyarakat berjaya dalam kemajuan sosial. Besarlah harapan kita untuk menyaksikan usaha-usaha ini memberi kesan yang berlarutan kepada masyarakat untuk diamalkan agar negara kita terus disegani dan dicontohi oleh masyarakat dunia.