PENULISAN KARANGAN FAKTA

Kaedah Penulisan Isi, Bahasa dan Pengolahan

NORFADIHA BINTI MOHAMED RIDZUAN
D20171077677




PROF. MADYA DR. ADENAN AYOB
PENYELARAS DAN PENSYARAH KURSUS BMP3093,
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

.

.

CIRI-CIRI ISI

ISI PENTING

  • Isi perlu mencukupi sekurang-kurangmya lima isi.
  • Isi menepati tajuk.
  • Isi disusuli dengan contoh dan huraian.
  • Isi tidak berulang dan memberi fakta yang tepat.
  • Isi logik, huraian matang dan jelas.


Baca Lagi  

CARA MEMBINA PERENGGAN ISI

Selepas pendahuluan, para murid perlu menulis perenggan isi pula. Biasanya, isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua terletak pada perenggan yang ketiga dan seterusnya. Dari segi isi, murid dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan sahaja. Walaubagaimanapun, murid-murid boleh mengemukakan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau huraian. Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi empat ayat dalam setiap perenggan seperti yang dinyatakan di bawah ini:

  • Ayat judul
  • Ayat Huraian
  • Ayat Bukti/Contoh
  • Ayat penegas
Baca Lagi  

CONTOH PENULISAN ISI

         Antara langkah memupuk semangat kejiranan ialah peranan ibu bapa (Ayat judul). Peribahasa Melayu ada mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya iaitu mendidik seseorang dengan menerapkan nilai-nilai murni sejak awal lagi.  Hal ini demikian kerana ibu bapa bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak (Ayat Huraian). Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menunjukkan sikap berkasih sayang kepada anak-anak mereka. Memang pada realitinya, anak-anak akan mengikut tingkah laku ibu bapa mereka kerana mereka lebih mengenali ibu bapa mereka sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong dan kunjung-mengunjungi sesama jiran tetangga (Ayat Contoh). Daripada amalan ini, anak-anak muda mampu membuka mata, mencelikkan minda serta mengenali dunia luar yang mereka tidak pernah alaminya sendiri. Secara langsung, sedikit demi sedikit mereka  berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini lagi. Jelaslah bahawa ibu bapa seharusnya menitikberatkan tanggungjawab untuk melahirkan anak-anak yang berjiwa kental untuk memupuk semangat kejiranan sesama sendiri (Ayat Penegas).

Baca Lagi  

SEMANGAT KEJIRANAN

Hormat menghormati sangat penting dalam memupuk semangat kejiranan

HIDUP BERJIRAN

Semoga video ini memberi pengajaran kepada kita semua.

LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

SAMPEL KARANGAN.png

  Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

    Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

     Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

      Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

     Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

     Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

    Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan.



Baca Lagi  

NORFADIHA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

I BUILT MY SITE FOR FREE USING